Wednesday 10 July 2019

Petua alami untuk dapat kulit berkaca

Cara nak buat muka nampak macam kulit berkaca

Caranya mudah saja.korang cuma perlu ada ubat gigi colgate yg warna putih dengan sebiji lemon.

Picitkan sedikit ubat gigi tersebut dan masukkan sedikit perahan air lemon dan kacau sampai sebati dan pakai macam ala-ala pakai masker.kalau rasa pedih baik basuh cepat. Aku sarankan pakai selama 1minit sahaja kalau tak tahan pakai ubat gigi kat muka baik cepat-cepat basuh dan pakai moisturizer.


Khas untuk kulit normal je ☺️

Resepi ringkas ketam masak lemak cili api


BAHAN-BAHANNYA :

1. 3 ekor ketam segar
2. 2 cawan santan pekat
3. Sebatang serai, diketuk
4. Sekeping asam gelugor
5. 6 biji cili api dipotong kecil,dikisar
6.  3biji bawang merah dihiris halus atau dikisar
7. Serbuk kunyit

                       

CARA PENYEDIAAN :

1. Bersihkan ketam dan buang kulit cengkerangnya. Bahagian kaki yang bersepit boleh dileraikan kalau mahu. Potong ketam tersebut menjadi dua bahagian.

2.  Masukkan ketam yang telah dibersihkan dan dipotong tadi kedalam periuk. Gaulkan ketam dengan bahan yang dikisar dan masak sekejap lebih kurang 5minit.Kemudian masukkan santan pekat kedalamnya.Tambahkan sedikit air untuk mencairkan kuah jika santan terlalu pekat.

3. Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan sedikit serbuk kunyit supaya kuahnya nampak kekuningan. Kemudian, masukkan asam keping dan serai.Sambung kacau semula.

4. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan masak sehingga mendidih.


Selamat mencuba semua 🤗

Monday 8 July 2019

Vaseline Petroleum jelly


Korang kena wajib ada si kecil vaseline petroleum jelly walau dimana jua korang berada macam contoh pergi travel jauh. Vaseline ni juga boleh membantu korang bila muka korang gelupas or jadi hitam sebab korang tenyeh gelupas tu.
Aku kalau bersin tak berhenti confirm tepi-tepi hidung aku akan gelupas lepas tu jadi hitam. Ia juga boleh digunakan untuk merawat masalah bibir kering.Lupa nak beritahu, vaseline ni sesuai untuk hentikan perdarahan darah akibat luka kecil seperti terkena pisau,tercucuk duri atau jatuh.

Vaseline ini adalah penyelamat aku semasa kulit aku gelupas dan ada kesan hitam akibat mengopek kulit yang gelupas.Sekarang kulit aku dah kurang gelupas.So,cepat-cepatla beli ya. Kalau tak silap harga dia tak sampai rm6 pun.Huhu aku pun dah lupa harga sebenar dia.Vaseline ni boleh dapatkan di watson,guardian,pharmacy dan pasaraya.Bye gaisss,selamat mencuba.Bye

Cara membuat masker untuk hilangkan parut

Tentu sahaja ramai diluar sana ingin mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.Tetapi disebabkan kesalahan dari segi penjagaan muka dan penggunaan produk kecantikan yang mempunyai kandungan merkuri dan bahan kimia lain telah mengakibatkan punca berlakunya kerosakan kulit dari bahagian dalam.Penggunaan produk kilo yang belum tentu selamat digunakan juga memberi risiko yang tinggi untuk berlakunya radangan kulit dan penggelupasan yang teruk.

Disini aku kongsikan satu cara untuk mengecutkan jerawat dan memudarkan jerawat secara alami tanpa penggunaan produk kosmetik.

Cara membuat masker adalah seperti berikut:

Bahan yang perlu disediakan
1. Tepung Beras
2. Madu Kelulut/madu lebah yang dijual dikedai.
(Untuk dapat kesan terbaik guna madu kelulut)

Cara:
Campurkan 2 sudu makan tepung beras dan 1 sudu madu dalam satu mangkuk.kacau sampai sebati dan campurkan sedikit air.Pastikan campuran tadi kelihatan seperti masker dan tidak terlalu cair.

Cara pemakaian:
Sebelum tidur pakai masker ini selama 20minit dan basuh dengan air suam.(aku memakai masker ini sebelum tidur sampai pagi).
Jika taknak pakai satu muka masker ni pun boleh,nak calit tempat berjerawat dan berparut sahaja pun boleh.

#selamat mencuba semua

Rajin-rajinlah lawat blog aku untuk mengetahui lebih banyak tips atau cara untuk merawat masalah kulit :)
https://cantikkelangit.blogspot.com/?m=1

Saturday 6 July 2019

Keburukan local product


Hari ini aku akan sambung pasal hikayat skin aku yang rosak disebabkan salahguna local product.

Sejak aku berhenti pakai set skincare glo* glo****,muka aku makin breakout.Sampai satu tahap aku down teruk.Nak pergi class pun tidak confident huhu 😭😭.Walaupon muka dah tempek dengan foundation tebal still nampak lagi kesan hitam parut jadi terpaksa redha je la.💁🏻

Aku pendekkan cerita,aku habis belajar tahun 2017 kalau tak silap bulan 7. Time tu aku memang tak pakai ape jenis skincare pun.Aku biarkan je muka aku macam itu.So bila dah habis belajar ni,aku banyak buang masa kat rumah.Aku ni jenis suka search cara-cara macammana nak jaga muka kat google dan youtube.Memang banyak sangat org post tips,petua,rawatan untuk sembuhkan jerawat dan parut.Aku rasa macam nk try semua tapi macam membazir duit je kan.

One day,aku terfikir nak buat masker sendiri menggunakan barang yang senang didapati.Boleh dikatakan macam masker secara alami la ni.Aku buat masker cukup-cukup untuk seminggu and habis seminggu aku akan buat balik.Aku tak pernah miss pakai masker buatan aku tu setiap malam sebelum tidur tapi selalu orang pakai masker ini kejap je habis 15 minit dah basuh dah tapi aku lain sebab aku pakai sebelum tidur malam and pagi esok baru basuh.Hohoho
.
And you know what!!!hasil pemakaian masker tu muka aku makin hari makin okay.Parut bahagian dahi makin pudar begitu juga kat bahagian pipi dan dagu.Aku lupa nak beritahu korang,sejak aku pakai mask ni aku stop guna pencuci muka and kurangkan pemakaian foundation.Aku memang dah tak percaya dengan sebarang skincare yang ada toner,krim siang malam tu.kalau korang tgk betul-betul,kebanyakkan skincare mempunyai krim siang malam yang sama warna.kalau tak percaya try beli and compare sendiri.

Balik semula kepada masker yang aku buat ni,aku konsisten pakai benda alah ni sampai skin aku pulih.Alhamdulillah berkat kesabaran dan konsisten pakai selama setahun,skin aku bertambah baik.

So kalau korang nak tahu cara aku buat masker tu. Korang kenalah rajin membaca blog aku ni 😜😜😜





Friday 5 July 2019

Bahaya Tukar Skincare

Assalamualaikum gaiss,🤗

Berdebar pulak rasa hati ini sebab first time aku kat blog hahaha.So untuk first blog ni aku nak cerita pasal aku punya skin problem. Aku ni dulu nak kata flawless pun betul juga. Nak kata kulit lawa pun ya juga.Perasannya aku ni.Tapi sekarang tak boleh nak cakap apa la sebab elokla juga sikit. Aku start naik jerawat masa aku last sem kat matrikulasi perak.Masa tu tahun 2014. Seumur hidup aku tak pernah pakai apa pun jenis bedak,foundation or something menatang yg digunakan utk nmpk cantik.Bila duduk matrik korang faham la kita akan jumpa and kenal kawan baru dari negeri lain.Jadi aku mula culture shock kejap sebab tengok perempuan pakai lawa,muka pun lawa je.Start daripada situ la aku mula kenal pencuci muka dgn bedak compact.Jakun sangat aku masa tu. Sebab terasa macam banyak sangat duit dalam poket ni aku pon nekad la pergi kedai runcit beli benda alah tu. Aku beli Garnier cleanser dengan bedak compact silky girl.Happy sangat aku masa tu balik je terus cuci muka sampai nak gi jalan-jalan kawasan matrik tu aku tancap la bedak sikit suruh nampak lawa gitu.tudung pun kalau boleh nak belit sampai atas kepala.And benda tu jadi rutin aku hari-hari.And one day jeng jeng jeng!! Aku rasa nak menjerit je sebab muka aku gelupas teruk kat bahagian tepi mulut.Stress punya pasal aku tenyeh gelupas tu guna jari aku smpai satu masa tempat gelupas tu jadi hitam sangat. Parut hitam macam kena tumbuk.Aku terus buang cleanser garnier tu sebab benda tu tak sesuai untuk kulit aku.

Alhamdulillah lama kelamaan tu hilang juga and muka aku kembali flawless. Lepas habis pengajian aku kat matrik,aku duduk rumah je tak ada buat apa-apa pun.Nak kerja tapi malas.waktu itu aku tengah tunggu tawaran masuk universiti.Muka pun aku tak jaga betul sebab aku takut muka aku jadi teruk macam kat matrik dulu.Alhamdulillah lepas berbulan tunggu aku dapat tawaran masuk Uitm Shah Alam.Bulan 9 aku dah kena lapor diri.Aku punyalah semangat nak beli barang makeup sebab nak masuk universiti kena la nampak lawa.Tapi dengan dukacitanya, aku hanya beli lipstick sebatang dengan bedak compact je. Masa tu pipi aku dah naik jerawat dua ketul sebab aku tak peduli langsung pasal penjagaan muka langsung.huhuhu sabar je la.🐒

Bila dah masuk Uitm ni,aku berkawan la dengan budak-budak lain negeri.Salah satu kawan aku ni dia ada masalah skin breakout.Aku tak tahu macammana dia boleh ada niat nak beli local skincare secara online sebab dia ada tengok iklan jual yang kata boleh hilang jerawat dalam masa 7hari.Aku pun dah lupa skincare apa yang dia nak beli time tu.Aku pun time tu terjebak sekali tapi aku nak beli skincare lain which is b***blink.Masa first pakai memang boleh nampak la kesan positif.Yang penting jerawat aku yang dua ketul pun hilang.Start pada hari itu aku try consistent pakai skincare tu dari dia punya soap selepas itu pakai toner dan calit krim siang malam dia sebab nak kulit lawa.Lupa nak beritahu pasal kawan aku yang beli skincare tu.Sumpah skincare dia beli tiada bagi effect apa pun kat face dia.Nasib baik tiada kesan buruk kat muka dia.Alhamdulillah.😇 Aku sambung cerita pasal aku okay.Masuk je sem 2 kat uitm aku dengan geng aku duk rumah sewa sebab masa sem 1 kami semua malas nak sertai aktiviti kolej demi kutip kupon semata-mata.

Setelah masuk sem 2 ni aku stop pakai skincare sebab kulit makin okay.Tapi sayangnya hari demi hari, dahi dan pipi aku makin dipenuhi jerawat pasir sebab tangan aku ni jenis tangan tak boleh kalau tak sentuh muka. Habis jerawat aku picit sampai keluar warna putih macam nasi and terhasillah parut hitam bekas jerawat tu.Aduh seram muka aku time tu.So datangla kawan aku yang prihatin recommendkan aku pakai T****A skincare dan aku pun belilah guna duit ptptn.Aku tak peduli skincare tu mahal atau murah asalkan muka aku okay tapi bila pakai skincare tu nothing pun yang berlaku.Kulit aku makin rosak sampailah aku masuk sem 3 bulan 9 2015.And sekali lagi aku disyorkan untuk try skincare yg viral time tu nama dia g*** g*****g.Aku dengan berani try la skincare ni dan cuba untuk konsisten nak tengok hasil dia.Apa yang aku boleh cakap hasil dia memang WOW sbb parut aku makin pudar dan jerawat makin kurang.Memang puas hati betul time tu.Apabila abis je aku akan cepat beli baru.Kawan-kawan aku pun ikut pakai skincare tu. Sampaila satu hari viral pasal skincare ni and merkuri and boleh nipiskan kulit so aku dengan kawan pun berhenti pakai.Kulit aku yang baru nak okay terus jadi tak okay.Lepas stop je jerawat naik balik. So kat situ aku terfikir satu benda iaitu local skincare memang boleh mencantikkan kita tapi sampai bila kita nak bergantung kepadanya.Kalau satu hari nanti product tu dh kena sekat or proses pembuatan ia dah diberhentikan,memang tak lah nak konsisten dan confirm korang akan tukar ke produk lain plak.So kat situ korang dah bazirkan duit demi nak cantik. 😎🤓 Rasa macam dh panjang aku ceriita.Next time aku sambung ya. Dibawah ni aku nak tunjuk kat korang ni hasil yg aku dpt utk setahun aku rawat kulit aku dengan cara sendiri.

Resepi ringkas ketam masak lemak cili api

BAHAN-BAHANNYA : 1. 3 ekor ketam segar 2. 2 cawan santan pekat 3. Sebatang serai, diketuk 4. Sekeping asam gelugor 5. 6 biji cili a...