Monday 8 July 2019

Cara membuat masker untuk hilangkan parut

Tentu sahaja ramai diluar sana ingin mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.Tetapi disebabkan kesalahan dari segi penjagaan muka dan penggunaan produk kecantikan yang mempunyai kandungan merkuri dan bahan kimia lain telah mengakibatkan punca berlakunya kerosakan kulit dari bahagian dalam.Penggunaan produk kilo yang belum tentu selamat digunakan juga memberi risiko yang tinggi untuk berlakunya radangan kulit dan penggelupasan yang teruk.

Disini aku kongsikan satu cara untuk mengecutkan jerawat dan memudarkan jerawat secara alami tanpa penggunaan produk kosmetik.

Cara membuat masker adalah seperti berikut:

Bahan yang perlu disediakan
1. Tepung Beras
2. Madu Kelulut/madu lebah yang dijual dikedai.
(Untuk dapat kesan terbaik guna madu kelulut)

Cara:
Campurkan 2 sudu makan tepung beras dan 1 sudu madu dalam satu mangkuk.kacau sampai sebati dan campurkan sedikit air.Pastikan campuran tadi kelihatan seperti masker dan tidak terlalu cair.

Cara pemakaian:
Sebelum tidur pakai masker ini selama 20minit dan basuh dengan air suam.(aku memakai masker ini sebelum tidur sampai pagi).
Jika taknak pakai satu muka masker ni pun boleh,nak calit tempat berjerawat dan berparut sahaja pun boleh.

#selamat mencuba semua

Rajin-rajinlah lawat blog aku untuk mengetahui lebih banyak tips atau cara untuk merawat masalah kulit :)
https://cantikkelangit.blogspot.com/?m=1

No comments:

Post a Comment

Resepi ringkas ketam masak lemak cili api

BAHAN-BAHANNYA : 1. 3 ekor ketam segar 2. 2 cawan santan pekat 3. Sebatang serai, diketuk 4. Sekeping asam gelugor 5. 6 biji cili a...