Blog cantikkelangit dibuat untuk berkongsi cara merawat masalah kulit dan juga berkongsi resepi masakan yang ringkas dan senang dipelajari
Showing posts with label ketam masak lemak cili api. Show all posts
Showing posts with label ketam masak lemak cili api. Show all posts
Wednesday, 10 July 2019
Resepi ringkas ketam masak lemak cili api
BAHAN-BAHANNYA :
1. 3 ekor ketam segar
2. 2 cawan santan pekat
3. Sebatang serai, diketuk
4. Sekeping asam gelugor
5. 6 biji cili api dipotong kecil,dikisar
6. 3biji bawang merah dihiris halus atau dikisar
7. Serbuk kunyit
CARA PENYEDIAAN :
1. Bersihkan ketam dan buang kulit cengkerangnya. Bahagian kaki yang bersepit boleh dileraikan kalau mahu. Potong ketam tersebut menjadi dua bahagian.
2. Masukkan ketam yang telah dibersihkan dan dipotong tadi kedalam periuk. Gaulkan ketam dengan bahan yang dikisar dan masak sekejap lebih kurang 5minit.Kemudian masukkan santan pekat kedalamnya.Tambahkan sedikit air untuk mencairkan kuah jika santan terlalu pekat.
3. Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan sedikit serbuk kunyit supaya kuahnya nampak kekuningan. Kemudian, masukkan asam keping dan serai.Sambung kacau semula.
4. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan masak sehingga mendidih.
Selamat mencuba semua 🤗
Subscribe to:
Posts (Atom)
Resepi ringkas ketam masak lemak cili api
BAHAN-BAHANNYA : 1. 3 ekor ketam segar 2. 2 cawan santan pekat 3. Sebatang serai, diketuk 4. Sekeping asam gelugor 5. 6 biji cili a...
-
BAHAN-BAHANNYA : 1. 3 ekor ketam segar 2. 2 cawan santan pekat 3. Sebatang serai, diketuk 4. Sekeping asam gelugor 5. 6 biji cili a...
-
Hari ini aku akan sambung pasal hikayat skin aku yang rosak disebabkan salahguna local product. Sejak aku berhenti pakai set skincare glo...