Showing posts with label petua hilangkan parut. Show all posts
Showing posts with label petua hilangkan parut. Show all posts

Friday 5 July 2019

Bahaya Tukar Skincare

Assalamualaikum gaiss,🤗

Berdebar pulak rasa hati ini sebab first time aku kat blog hahaha.So untuk first blog ni aku nak cerita pasal aku punya skin problem. Aku ni dulu nak kata flawless pun betul juga. Nak kata kulit lawa pun ya juga.Perasannya aku ni.Tapi sekarang tak boleh nak cakap apa la sebab elokla juga sikit. Aku start naik jerawat masa aku last sem kat matrikulasi perak.Masa tu tahun 2014. Seumur hidup aku tak pernah pakai apa pun jenis bedak,foundation or something menatang yg digunakan utk nmpk cantik.Bila duduk matrik korang faham la kita akan jumpa and kenal kawan baru dari negeri lain.Jadi aku mula culture shock kejap sebab tengok perempuan pakai lawa,muka pun lawa je.Start daripada situ la aku mula kenal pencuci muka dgn bedak compact.Jakun sangat aku masa tu. Sebab terasa macam banyak sangat duit dalam poket ni aku pon nekad la pergi kedai runcit beli benda alah tu. Aku beli Garnier cleanser dengan bedak compact silky girl.Happy sangat aku masa tu balik je terus cuci muka sampai nak gi jalan-jalan kawasan matrik tu aku tancap la bedak sikit suruh nampak lawa gitu.tudung pun kalau boleh nak belit sampai atas kepala.And benda tu jadi rutin aku hari-hari.And one day jeng jeng jeng!! Aku rasa nak menjerit je sebab muka aku gelupas teruk kat bahagian tepi mulut.Stress punya pasal aku tenyeh gelupas tu guna jari aku smpai satu masa tempat gelupas tu jadi hitam sangat. Parut hitam macam kena tumbuk.Aku terus buang cleanser garnier tu sebab benda tu tak sesuai untuk kulit aku.

Alhamdulillah lama kelamaan tu hilang juga and muka aku kembali flawless. Lepas habis pengajian aku kat matrik,aku duduk rumah je tak ada buat apa-apa pun.Nak kerja tapi malas.waktu itu aku tengah tunggu tawaran masuk universiti.Muka pun aku tak jaga betul sebab aku takut muka aku jadi teruk macam kat matrik dulu.Alhamdulillah lepas berbulan tunggu aku dapat tawaran masuk Uitm Shah Alam.Bulan 9 aku dah kena lapor diri.Aku punyalah semangat nak beli barang makeup sebab nak masuk universiti kena la nampak lawa.Tapi dengan dukacitanya, aku hanya beli lipstick sebatang dengan bedak compact je. Masa tu pipi aku dah naik jerawat dua ketul sebab aku tak peduli langsung pasal penjagaan muka langsung.huhuhu sabar je la.🐒

Bila dah masuk Uitm ni,aku berkawan la dengan budak-budak lain negeri.Salah satu kawan aku ni dia ada masalah skin breakout.Aku tak tahu macammana dia boleh ada niat nak beli local skincare secara online sebab dia ada tengok iklan jual yang kata boleh hilang jerawat dalam masa 7hari.Aku pun dah lupa skincare apa yang dia nak beli time tu.Aku pun time tu terjebak sekali tapi aku nak beli skincare lain which is b***blink.Masa first pakai memang boleh nampak la kesan positif.Yang penting jerawat aku yang dua ketul pun hilang.Start pada hari itu aku try consistent pakai skincare tu dari dia punya soap selepas itu pakai toner dan calit krim siang malam dia sebab nak kulit lawa.Lupa nak beritahu pasal kawan aku yang beli skincare tu.Sumpah skincare dia beli tiada bagi effect apa pun kat face dia.Nasib baik tiada kesan buruk kat muka dia.Alhamdulillah.😇 Aku sambung cerita pasal aku okay.Masuk je sem 2 kat uitm aku dengan geng aku duk rumah sewa sebab masa sem 1 kami semua malas nak sertai aktiviti kolej demi kutip kupon semata-mata.

Setelah masuk sem 2 ni aku stop pakai skincare sebab kulit makin okay.Tapi sayangnya hari demi hari, dahi dan pipi aku makin dipenuhi jerawat pasir sebab tangan aku ni jenis tangan tak boleh kalau tak sentuh muka. Habis jerawat aku picit sampai keluar warna putih macam nasi and terhasillah parut hitam bekas jerawat tu.Aduh seram muka aku time tu.So datangla kawan aku yang prihatin recommendkan aku pakai T****A skincare dan aku pun belilah guna duit ptptn.Aku tak peduli skincare tu mahal atau murah asalkan muka aku okay tapi bila pakai skincare tu nothing pun yang berlaku.Kulit aku makin rosak sampailah aku masuk sem 3 bulan 9 2015.And sekali lagi aku disyorkan untuk try skincare yg viral time tu nama dia g*** g*****g.Aku dengan berani try la skincare ni dan cuba untuk konsisten nak tengok hasil dia.Apa yang aku boleh cakap hasil dia memang WOW sbb parut aku makin pudar dan jerawat makin kurang.Memang puas hati betul time tu.Apabila abis je aku akan cepat beli baru.Kawan-kawan aku pun ikut pakai skincare tu. Sampaila satu hari viral pasal skincare ni and merkuri and boleh nipiskan kulit so aku dengan kawan pun berhenti pakai.Kulit aku yang baru nak okay terus jadi tak okay.Lepas stop je jerawat naik balik. So kat situ aku terfikir satu benda iaitu local skincare memang boleh mencantikkan kita tapi sampai bila kita nak bergantung kepadanya.Kalau satu hari nanti product tu dh kena sekat or proses pembuatan ia dah diberhentikan,memang tak lah nak konsisten dan confirm korang akan tukar ke produk lain plak.So kat situ korang dah bazirkan duit demi nak cantik. 😎🤓 Rasa macam dh panjang aku ceriita.Next time aku sambung ya. Dibawah ni aku nak tunjuk kat korang ni hasil yg aku dpt utk setahun aku rawat kulit aku dengan cara sendiri.

Resepi ringkas ketam masak lemak cili api

BAHAN-BAHANNYA : 1. 3 ekor ketam segar 2. 2 cawan santan pekat 3. Sebatang serai, diketuk 4. Sekeping asam gelugor 5. 6 biji cili a...