Showing posts with label jerawat. Show all posts
Showing posts with label jerawat. Show all posts

Monday 8 July 2019

Cara membuat masker untuk hilangkan parut

Tentu sahaja ramai diluar sana ingin mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.Tetapi disebabkan kesalahan dari segi penjagaan muka dan penggunaan produk kecantikan yang mempunyai kandungan merkuri dan bahan kimia lain telah mengakibatkan punca berlakunya kerosakan kulit dari bahagian dalam.Penggunaan produk kilo yang belum tentu selamat digunakan juga memberi risiko yang tinggi untuk berlakunya radangan kulit dan penggelupasan yang teruk.

Disini aku kongsikan satu cara untuk mengecutkan jerawat dan memudarkan jerawat secara alami tanpa penggunaan produk kosmetik.

Cara membuat masker adalah seperti berikut:

Bahan yang perlu disediakan
1. Tepung Beras
2. Madu Kelulut/madu lebah yang dijual dikedai.
(Untuk dapat kesan terbaik guna madu kelulut)

Cara:
Campurkan 2 sudu makan tepung beras dan 1 sudu madu dalam satu mangkuk.kacau sampai sebati dan campurkan sedikit air.Pastikan campuran tadi kelihatan seperti masker dan tidak terlalu cair.

Cara pemakaian:
Sebelum tidur pakai masker ini selama 20minit dan basuh dengan air suam.(aku memakai masker ini sebelum tidur sampai pagi).
Jika taknak pakai satu muka masker ni pun boleh,nak calit tempat berjerawat dan berparut sahaja pun boleh.

#selamat mencuba semua

Rajin-rajinlah lawat blog aku untuk mengetahui lebih banyak tips atau cara untuk merawat masalah kulit :)
https://cantikkelangit.blogspot.com/?m=1

Saturday 6 July 2019

Keburukan local product


Hari ini aku akan sambung pasal hikayat skin aku yang rosak disebabkan salahguna local product.

Sejak aku berhenti pakai set skincare glo* glo****,muka aku makin breakout.Sampai satu tahap aku down teruk.Nak pergi class pun tidak confident huhu 😭😭.Walaupon muka dah tempek dengan foundation tebal still nampak lagi kesan hitam parut jadi terpaksa redha je la.💁🏻

Aku pendekkan cerita,aku habis belajar tahun 2017 kalau tak silap bulan 7. Time tu aku memang tak pakai ape jenis skincare pun.Aku biarkan je muka aku macam itu.So bila dah habis belajar ni,aku banyak buang masa kat rumah.Aku ni jenis suka search cara-cara macammana nak jaga muka kat google dan youtube.Memang banyak sangat org post tips,petua,rawatan untuk sembuhkan jerawat dan parut.Aku rasa macam nk try semua tapi macam membazir duit je kan.

One day,aku terfikir nak buat masker sendiri menggunakan barang yang senang didapati.Boleh dikatakan macam masker secara alami la ni.Aku buat masker cukup-cukup untuk seminggu and habis seminggu aku akan buat balik.Aku tak pernah miss pakai masker buatan aku tu setiap malam sebelum tidur tapi selalu orang pakai masker ini kejap je habis 15 minit dah basuh dah tapi aku lain sebab aku pakai sebelum tidur malam and pagi esok baru basuh.Hohoho
.
And you know what!!!hasil pemakaian masker tu muka aku makin hari makin okay.Parut bahagian dahi makin pudar begitu juga kat bahagian pipi dan dagu.Aku lupa nak beritahu korang,sejak aku pakai mask ni aku stop guna pencuci muka and kurangkan pemakaian foundation.Aku memang dah tak percaya dengan sebarang skincare yang ada toner,krim siang malam tu.kalau korang tgk betul-betul,kebanyakkan skincare mempunyai krim siang malam yang sama warna.kalau tak percaya try beli and compare sendiri.

Balik semula kepada masker yang aku buat ni,aku konsisten pakai benda alah ni sampai skin aku pulih.Alhamdulillah berkat kesabaran dan konsisten pakai selama setahun,skin aku bertambah baik.

So kalau korang nak tahu cara aku buat masker tu. Korang kenalah rajin membaca blog aku ni 😜😜😜





Resepi ringkas ketam masak lemak cili api

BAHAN-BAHANNYA : 1. 3 ekor ketam segar 2. 2 cawan santan pekat 3. Sebatang serai, diketuk 4. Sekeping asam gelugor 5. 6 biji cili a...